Khamis, Ogos 26, 2010

BILAKAH NUZUL AL-QURAN?

PERBINCANGAN TARIKH NUZUL AL-QUR’AN

Ulama’ berselisih pendapat berhubung bilakah al-Qur’an diturunkan.
Pendapat yang agak masyhur mengemukakan 17 Ramadhan sebagai tarikh nuzul Al-Qur’an. Pendapat ini dipegangi sebahagian ulama’ sirah.

Antara ulama’ sirah yang kuat berpegang kepada pendapat ini ialah Syaikh al-Khudhari dalam karyanya; Muhadharat Tarikh al-Umam al-Islamiyyah.[1] Pendapat ini merujuk kepada suatu riwayat daripada al-Waqidi menerusi Abu Ja’far al-Baqir yang mengatakan bahawa (penurunan ) wahyu kepada Rasulullah s.a.w bermula pada hari Isnin, 17 Ramadhan dan dikatakan pada 24 Ramadhan. Riwayat ini dinyatakan oleh al-Hafiz Ibn Kathir dalam al-Bidayah wa al-Nihayah:
روى الواقدي بسنده عن أبي جعفر الباقر أنه قال: كان ابتداء الوحي إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم يوم الاثنين لسبع عشرة ليلة خلت من رمضان وقيل في الرابع والعشرين منه.[2]
Ada suatu hal yang agak menarik dalam kita membincangkan pendapat yang menyatakan 17 Ramadhan sebagai tanggal nuzul Al-Qur’an.

Setelah saya meneliti kitab Sirah Ibn Hisyam berhubung tajuk “ Ibtida’ Tanzil Al-Qur’an” ( Bermulanya nuzul Al-Qur’an ), terdapat semacam satu kekeliruan apabila Ibn Hisyam ada membuat catatan berikut:
قال ابن إسحاق: فابتدئ رسول الله صلى الله عليه وسلم بالتنزيل في شهر رمضان، يقول الله عز وجل: ] شهر رمضان الذي أنزل فيه القرءان هدى للناس وبينت من الهدى والفرقان [ وقال الله تعالى: ] إنا أنزلنه في ليلة القدر … [ ...وقال تعالى: ] إن كنتم آمنتم بالله وما أنزلنا على عبدنا يوم الفرقان يوم التقى الجمعان [. وذلك ملتقى رسول الله صلى الله عليه وسلم والمشركون ببدر.
قال ابن إسحاق: وحدثني أبو جعفر محمد بن علي بن حسين: أن رسول الله صلى الله عليه وسلم التقى هو والمشركون ببدر يوم الجمعة، صبيحة سبع عشرة من رمضان.
قال ابن إسحاق: ثم تتام الوحي إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم، وهو مؤمن بالله مصدق بما جاءه منه ...إلخ[3]
Jika diperhatikan dan dihalusi, kenyataan di atas semacam mengaitkan elemen ‘al-furqan’ yang terdapat dalam al-Qur’an dengan ‘hari al-Furqan’yang membezakan antara haq dan batil yang merujuk kepada hari Peperangan Badr yang berlaku pada 17 Ramadhan. Oleh kerana perkara ini disebut di bawah tajuk “ Ibtida’ Tanzil al-Qur’an”, berkemungkinan ada pihak yang memahami bahawa nuzul Al-Qur’an juga berlaku pada tarikh yang sama.

Pendapat-pendapat lain tentang nuzul Al-Qur’an sebagaimana diutarakan oleh Syaikh Safiyy al-Rahman al-Mubarakfuri, ianya berlaku pada 7 Ramadhan, ada yang mengatakan 18 Ramadhan. Beliau sendiri membuat pilihan dan tarjih yang berbeza dengan ulama’ lain. Menurut beliau, nuzul Al-Qur’an jatuh pada 21 Ramadhan. Antara alasan yang dikemukakan seperti berikut:

1- Semua ulama’ sirah atau majoriti dari kalangan mereka sepakat mengatakan bahawa Nabi s.a.w dibangkitkan pada hari Isnin berdasarkan hadith Abu Qatadah r.a dalam Sahih Muslim dan lain-lain.
2- Hari Isnin pada tahun Nabi s.a.w dibangkitkan jatuh sama ada pada hari 7 Ramadhan, 14 Ramadhan, 21 Ramadhan dan 28 Ramadhan. Hadith-hadith yang sahih ada menyebut bahawa malam al-Qadr tidak berlaku melainkan pada malam-malam ganjil, sepuluh malam terakhir Ramadhan.
3- Setelah dibuat perbandingan antara firman Allah: ( إنا أنزلنه في ليلة القدر ) dan riwayat Abu Qatadah tentang penentuan hari Isnin sebagai hari Nabi s.a.w dibangkitkan serta dipadankan dengan perhitungan taqwim yang tepat bilakah sebenarnya jatuh hari Isnin pada bulan Ramadhan tahun kebangkitan Nabi s.a.w, jelaslah bahawa baginda dibangkitkan pada malam 21 Ramadhan.[4]

Pendapat seterusnya, nuzul Al-Qur’an jatuh pada 24 Ramadhan. Pendapat ini berdasarkan hadith berikut:
قال الإمام أحمد: حدثنا أبو سعيد مولى بني هاشم، حدثنا عمران أبو العوام عن قتادة عن أبي المليح عن واثلة ابن الأسقع أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: أنزلت صحف إبراهيم عليه السلام في أول ليلة من رمضان، وأنزلت التوراة لست مضين من رمضان، والإنجيل لثلاث عشرة خلت من رمضان، وأنزل الله الفرقان لأربع وعشرين خلت من رمضان.[5]

Hadith di atas dihukumkan hasan oleh Syaikh al-Albani, manakala Syaikh Ahmad Shakir menghukumkan sanad hadith ini sebagai sahih.

Menurut al-Hafiz Ibn Hajar, hadith di atas bertepatan dengan firman Allah SWT (Surah al-Baqarah: Ayat 185):
شهر رمضان الذي أنزل فيه القرءان
Dan firmanNya ( Surah al-Qadr : Ayat 1 ) :
إنا أنزلنه في ليلة القدر

Kata beliau, berkemungkinan lailah al-Qadr berlaku pada tahun kebangkitan Nabi s.a.w pada malam tanggal 24 Ramadhan di mana Al-Qur’an diturunkan secara sekali gus ke langit dunia dan pada masa yang sama ( 24 Ramadhan ) wahyu pertama diturunkan, iaitu firman Allah SWT :

اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ [6]
Imam al-Tabari juga ada menyebut satu riwayat dengan sanadnya menerusi Sa’id Bin Jubair daripada Ibn Abbas r.a katanya: Al-Qur’an diturunkan sekali gus dari Lauh Mahfuz pada malam 24 Ramadhan, kemudiannya ia ditempatkan di Bait al-‘Izzah.[7]
Imam al-Qurtubi pula menyebut hadith Wathilah Bin Al-Asqa’ di atas dan menyatakan bahawa hadith tersebut merupakan dalil atau hujah yang terhadap pendapat Hasan al-Basri yang menegaskan bahawa malam al-Qadr berlaku pada malam 24 Ramadhan.[8]

Al-Hafiz Ibn Kathir juga ada membawa hadith Wathilah ini dalam mentafsirkan maksud ayat 185, Surah al-Baqarah, kemudian beliau menyatakan bahawa Ibn Mardawaih juga ada meriwayatkan hadith daripada Jabir Bin ‘Abdullah r.a seumpama hadith Wathilah dengan sedikit perbezaan pada matan hadith berkenaan.[9] Beliau juga ada menyebut hadith ini dalam al-Bidayah wa al-Nihayah dan menyatakan bahawa berdasarkan hadith Wathilah ini, sebahagian ulama’ dari kalangan para sahabat dan tabi’in berpendapat bahawa malam al-Qadr berlaku pada malam 24 Ramadhan.[10]

Turut menyebut hadith Wathilah ,Syaikh Muhammad Nasiruddin al-Albani di mana beliau mengambil hadith ini bagi menjelaskan nuzul Al-Qur’an berlaku pada tanggal 24 bulan Ramadhan.[11]

Kesimpulan yang dapat dibuat setelah meneliti pendapat-pendapat yang dikemukakan di atas berhubung hari nuzul Al-Qur’an seperti berikut :

1- Pendapat yang menyebut nuzul Al-Qur’an jatuh pada 17 Ramadhan bersandarkan riwayat al-Waqidi. Menurut ulama’ al-Jarh wa al-Ta’dil, al-Waqidi ( m. 207 H ), nama penuh beliau: Muhammad Bin Umar Bin Waqid al-Aslami seorang perawi yang lemah ( matruk ) dan tidak diterima riwayatnya[12]. Pendapat ini juga ditolak oleh Syaikh al-Zurqani kerana ia bercanggah dengan pendapat yang masyhur lagi sahih.[13]

2- Pendapat Syaikh Safiyy al-Rahman al-Mubarakfuri yang menyatakan nuzul Al-Qur’an jatuh pada tanggal 21 Ramadhan merupakan cetusan ijtihad beliau semata-mata berdasarkan penelitian beliau terhadap hadith Abu Qatadah dan perkiraan taqwim yang dipegangi beliau. Malam al-Qadr boleh berlaku pada malam-malam genap dan juga boleh berlaku pada malam-malam ganjil di sepuluh hari terakhir Ramadhan.

3- Pendapat yang menyebut bahawa nuzul Al-Qur’an jatuh pada 24 Ramadhan adalah kuat dan rajih. Ini berdasarkan kepada perkara-perkara berikut:

I- Pendapat ini bersandarkan hadith marfu’ yang sahih dan diperakui oleh tokoh-tokoh dalam bidang hadith. Sebagaimana yang termaklum, apa jua permasalahan dalam Agama Islam perlu dirujuk kepada nas Al-Qur’an dan hadith. Dalam hal ini, hadith Wathilah Bin al-Asqa’ adalah rujukan utama dalam menentukan bilakah berlakunya nuzul Al-Qur’an.
II- Matan hadith dengan jelas menyebut bahawa al-Qur’an diturunkan pada 24 Ramadhan.
III- Maksud atau mafhum hadith diterima pakai oleh ulama’ muktabar dari kalangan ahli hadith dan para mufassirin dan dijadikan hujah bagi menetapkan tanggal 24 Ramadhan sebagai tarikh tepat bagi nuzul Al-Qur’an. Rujuk kata-kata al-Hafiz Ibn Hajar, Imam al-Qurtubi dan al-Hafiz Ibn Kathir.

Oleh:
Dr. Ahmad Najib Abdullah – Pensyarah UM, Nilam Puri.
anis_alqari@yahoo.com
________________________________________
[1] Lihat: al-Mubarakfuri, Syaikh Safiyy al-Rahman, al-Rahiq al-Makhtum, Beirut : al-Maktabah al-Thaqafiyyah, h77.
[2] Al-Dimisyqi, Ibn Kathir, al-Bidayah wa al-Nihayah, Beirut : Dar al-Fikr, 3/6.
[3] Ibn Hisyam, al-Sirah al-Nabawiyyah,1/239-240.
[4] Lihat: al-Rahiq al-Makhtum, h.77
[5] Imam Ahmad,al-Musnad , Beirut : al-Maktab al-Islami 4/107, al-Baihaqi , al-Sunan al-Kubra 9/188, al-Tabarani, al-Mu’jam al-Kabir, No 185. Al-Tabari, Ibn Jarir, Jami’ al-Bayan ‘an Ta’wil Ayi al-Qur’an, ( Tahqiq: Ahmad Shakir ),al-Qahirah: Dar al-Ma’arif, 3/446, Al-Albani, Silsilah al-Ahadith al-Sahihah, No 1575. Lihat : Yasin, Dr. Hikmat Bashir,( 1994 ), Marwiyyat al-Imam Ahmad Bin Hanbal Fi al-Tafsir, Riyadh: Maktabah al-Muayyad, 1/128.
[6] Al-‘Asqalani, Ibn Hajar,( 1988 ), Fath al-Bari, al-Qahirah: Dar al-Rayyan li al-Turath 8/621.
[7] Al-Tabari, Jami’ al-Bayan 3/445.
[8] Al-Qurtubi, Muhammad Bin Ahmad al-Ansari, al-Jami’ li Ahkam al-Qur’an, Beirut: Muassasah Manahil al-‘Irfan 2/198
[9] Al-Dimisyqi, Ibn Kathir, ( 2004 ),Tafsir al-Qur’an al-‘Azim, Riyadh: Dar ‘Alam al-Kutub, 2/180, lihat juga: 14/411
[10] Lihat: al-Bidayah wa al-Nihayah, 3/6
[11] Al-Albani, Muhammad Nasiruddin,( 1421 H ), Sahih al-Sirah al-Nabawiyyah, Amman : al-Maktabah al-Islamiyyah, h.90
[12] Al-Baghdadi, al-Khatib, Tarikh Baghdad, 3/31, al-Zahabi, Muhammad Bin Ahmad Bin Uthman, ( 1992 ), Siyar A’lam al-Nubala’,Beirut : Muassasah al-Risalah, 9/454, 469, Ibn Abi Hatim, al-Jarh wa al-Ta’dil, 8/20
[13] Lihat: Manahil al-‘Irfan, 1/52

Khamis, Ogos 19, 2010

QIYAMULLAIL PERJALANAN HAMBA YANG SOLEH

APAKAH kehebatan bangun solat di malam hari terutama di sepertiga malam yang akhir? Sehinggakan Rasulullah sanggup melakukannya sehingga kedua-dua tapak kakinya pecah-pecah, sehinggakan juga Sallehuddin Al-Ayyubi memilih mereka yang bangun malam sebagai barisan mujahidin yang paling hadapan untuk menggempur musuh. Sehinggakan juga Umar Abd Aziz berkata: “Bagaimana mata ini dapat tertutup rapat dan tenteram sedangkan ia tak tahu di mana kelak ia akan kembali di antara dua tempat” berulang-ulang.
Saranan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam:
Dari Abu Hurairah r.a “….Kekasihku Rasulullah telah berwasiat kepadaku agar aku tidak tidur sebelum solat witir.” (HR Bukhari)
Dari Abdullah bin ‘Amr bin Al-’Ash radhiallahu ‘anhuma katanya; Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Hai Abdullah, janganlah engkau menjadi seperti si Fulan itu, dulu ia suka sekali bangun bersolat di waktu malam, tetapi kini meninggalkan bangun solat waktu malam itu.” (Muttafaqun ‘alaih)
Dari Aisyah r.a katanya: “Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam itu berdiri untuk bersolat malam, sehingga pecah-pecah kedua tapak kakinya. Saya berkata kepadanya;” Mengapa Tuan mengerjakan sedemikian ini, ya Rasulullah, padahal sudah diampunkan untuk Tuan dosa-dosa Tuan yang dahulu dan yang kemudian?” Baginda sallallahu ‘alaihi wasallam lalu bersabda, “Tidakkah saya ini wajar menjadi seorang hamba yang banyak bersyukur.” (Muttafaqun ‘alaih)
Dari Ibnu Mas’ud r.a katanya: “Ada seorang lelaki yang disebut-sebut di sisi Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam, iaitu bahawa orang tersebut tidur di waktu malam sampai ke pagi – yakni tidak bangun untuk bersolat malam, lalu beliau sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda; “orang itu sudah dikencingi syaitan dalam kedua-dua telinganya” atau beliau sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda; “di telinganya.” (Muttafaqun ‘alaih)
Dari Abu Hurairah r.a katanya;” Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Syaitan itu memberikan ikatan pada hujung kepala seseorang di antara engkau semua sebanyak tiga ikatan, jikalau ia tidur. Ia membuat ketentuan pada setiap ikatan itu dengan kata-kata yang berbunyi: “Engkau memperoleh malam panjang, maka tidurlah terus!” Jikalau orang itu bangun lalu berzikir kepada Allah ta’ala maka terurailah sebuah ikatan dari dirinya, selanjutnya jikalau dia terus berwudhu’, lalu terurai pulalah ikatan satunya lagi dan seterusnya, jikalau ia bersolat, maka terurailah ikatan seluruhnya, sehingga berpagi-pagi ia telah menjadi bersemangat serta berhati gembira. Tetapi jikalau tidak sebagaimana yang tersebut di atas, maka ia berpagi-pagi menjadi orang yang berhati buruk serta pemalas.” (Muttafaqun ‘alaih).
Dari Abdullah bin ‘Amr bin al-’Ash r.a bahawasanya Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda padanya:
Solat yang paling dicintai Allah ialah solatnya Daud dan puasa yang paling dicintai Allah ialah puasanya Daud. Ia tidur separuh malam, bangun solat yang sepertiganya dan tidur seperenamnya, Ia berpuasa sehari dan berbuka sehari. (Muttafaqun ‘alaih)
Dari A’isyah r.a. pula bahawasanya Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam itu tidur di permulaan malam dan bangun pada akhir malam lalu bersolat. (Muttafaqun ‘alaih)
Apakah kelebihan-kelebihan itu?
• Solat Paling Afdhal Setelah Solat Fardhu
“Solat yang paling afdhal setelah solat wajib adalah qiyamullail (tahajjud).” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
• Waktu Mustajabnya Doa
Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam: “Sesungguhnya dari sebahagian malam itu ada satu waktu yang tidak menyamai kebaikannya bagi seorang muslim untuk memohonkan sesuatu yang baik kepada Allah Ta’ala, melainkan Allah pasti akan mengabulkannya. Demikian itu ada pada setiap malam.” (HR Muslim)
• Lebih Baik Dari Dunia dan Seisinya
Dua raka’at yang dilakukan oleh seorang hamba di tengah malam itu adalah lebih baik baginya daripada dunia ini serta seluruh isinya. (HR Adam bin Abu Iyas)
• Meningkatkan Darjat Di sisi Allah
“Dan pada sebahagian malam hari, sembahyang tahajudlah kamu sebagai satu ibadat tambahan bagimu. Mudah-mudahan Tuhanmu mengangkatmu ke tempat terpuji.” – (Surah al-Isra, ayat 79).
Dari Abu Hurairah r.a., sabda Rasulullah lagi bermaksud: “Allah mengasihi seorang lelaki yang bangun tengah malam lalu dia mengerjakan sembahyang dan membangunkan isterinya untuk turut sama bersembahyang.
Kalau isterinya enggan, beliau akan memercikkan air ke mukanya. Dan Allah mengasihi seorang wanita yang bangun tengah malam untuk mengerjakan sembahyang lalu dia membangunkan suaminya untuk turut yang sama. Kalau suaminya enggan, beliau akan memercikkan air ke mukanya.” (HR Abu Daud dengan isnad yang sahih)
• Ibadah Ahli Syurga
Firman Allah lagi dalam surah as Sajdah, ayat ke-16 dan 17 bermaksud: “Lambung mereka jauh dari tempat tidurnya dan mereka berdoa kepada Tuhannya dengan rasa takut dan harap, bahkan mereka menafkahkan sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepada mereka.”
Orang-orang yang bertaqwa itu sedikit sekali tidurnya di waktu malam. Di waktu menjelang fajar pagi, mereka itu berdoa memohonkan pengampunan dan dari sebahagian hartanya dijadikan hak yang diberikan pada yang meminta dan yang kekurangan.” [Surah Az-Dzaariyaat: 17-19]
Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam: “Hendaklah kamu semua menetapi solat malam, sebab yang demikian itu adalah perilaku orang-orang yang soleh sebelum kamu.” (HR Tirmidzi)
Dari Abdullah bin Salam r.a bahawasanya Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Hai sekalian manusia, ratakanlah salam, berikanlah makanan, bersolatlah di waktu malam sedang para manusia sedang tidur, maka engkau semua akan dapat memasuki syurga dengan selamat.” (HR Tirmidzi).
• Keteladanan Salafussoleh
Ibnul Qayyim Al-Jauzy melakukan solat malam, dilanjutkan dengan solat Subuh dan kemudian dilanjutkan dengan solat dhuha, setelah itu barulah beliau beranjak melakukan aktiviti-aktiviti yang lain. Lalu beliau berkata,”jika hal ini tidak aku lakukan maka sungguh sangat berat.”
Dalam riwayat Ibnu Ishaq dan Ahmad dari Jabir bin Abdullah r.a. ia menceritakan; “Kami berangkat bersama Rasulullah SAW pada perang Dzatur Riqaa’. Pada kesempatan itu tertawanlah seorang wanita musyrikin. Setelah Rasulullah SAW berangkat pulang, suami wanita itu yang sebelumnya tidak ada di rumah baru saja datang. Kemudian lelaki itu bersumpah tidak akan berhenti mencari sebelum dapat mengalirkan darah para sahabat Muhammad SAW. Lalu lelaki itu keluar mengikuti jejak perjalanan Rasulullah SAW. Pada sebuah lorong di suatu lembah Rasulullah SAW bersama para sahabat berhenti. Kemudian beliau bersabda, “Siapakah di antara kalian yang bersedia menjaga kita malam ini?” Jabir berkata, “Maka majulah seorang dari Muhajirin dan seorang lagi dari Anshar lalu keduanya menjawab, ‘Kami siap untuk berjaga ya Rasulullah’. Nabi Muhammad SAW berpesan: “Jagalah kami di mulut lorong ini.” Jabir menceritakan waktu itu, Rasulullah bersama para sahabat berhenti di lorong suatu lembah.
Ketika kedua orang sahabat itu ke ke mulut lorong, sahabat Anshar berkata pada sahabat Muhajirin, ‘Pukul berapa engkau inginkan aku berjaga, apakah permulaan malam ataukah akhir malam?’ Sahabat Muhajirin menjawab; ‘Jagalah kami di awal malam’, kemudian sahabat Muhajirin itu berbaring tidur. Sedangkan sahabat Anshar melakukan solat. Jabir berkata, datanglah lelaki musyrikin itu dan ketika mengenali sahabat Anshar, musyrikin itu mengetahui bahwa sahabat itu sedang hirasah. Kemudian orang itu memanahnya tepat mengenai diri Ansar tersebut, lalu sahabat Ansar itu mencabutnya kemudian berdiri tegak melanjutkan solatnya. Kemudian orang musyrikin itu memanahnya lagi dan tepat mengenainya lagi, lalu sahabat itu mencabut kembali anak panah itukemudian berdiri tegak melanjutkan solatnya. Kemudian untuk ketiga kalinya orang itu memanah kembali sahabat Anshar tersebut dan tepat mengenai dirinya. Lalu dicabut pula anak panah itu kemudian ia rukuk dan sujud. Setelah itu ia membangunkan sahabat Muhajirin seraya berkata, ‘Duduklah kerana aku telah dilukai.’ Jabir berkata, Kemudian sahabat Muhajirin itu melompat mencari orang yang melukai sahabat Anshar itu. Ketika orang musyrikin itu melihat keduanya ia sedar bahawa dirinya telah diketahui maka ia pun melarikan diri. Ketika sahabat Muhajirin mengetahui darah yang melumuri sahabat Anshar, ia berkata, ‘Subhanallah kenapa engkau tidak membangunkan aku dari tadi?’ Sahabat Anshar menjawab, ‘Aku sedang membaca surah dan aku tidak ingin memutusnya. Namun, setelah orang itu berkali-kali memanahku barulah aku ruku’ dan memberitahukan dirimu. Demi Allah SWT kalau bukan kerana takut mengabaikan tugas penjagaan yang diperintahkan Rasulullah SAW kepadaku niscaya nafasku akan berhenti sebelum aku membatalkan solat.’



Bagaimana mudah untuk bangun solat malam?
Petua dari Imam Al-Ghazali:
1. Makan malam yang sedikit sekadar alas perut supaya tidak lapar. Jika kita makan malam yang banyak ianya akan menyebabkan kita cepat mengantuk dan susah bangun dari tidur, sudah tentu kita akan terlebih tidur pula.
2. Jangan tinggalkan tidur qailulah di siang hari.
3. Mengetahui dan menginsafi benar-benar keutamaan solat malam dengan mentadabburi selalu ayat-ayat Qur’an dan hadis-hadis serta kisah-kisah salafussoleh berkenaan dengan bangun malam.
4. Meningkatkan rasa cinta kepada Allah, rasa cinta yang sebenar-benarnya. Istiqamah dalam beribadah di waktu malam itu merupakan anugerah yang Allah berikan kepada kekasih-kekasih-Nya. Bersihkanlah diri dan hati daripada unsur-unsur syirik baik yang nyata atau yang tersembunyi, dan peliharalah ibadah sebelumnya, sesungguhnya seseorang yang berat beban dosanya dari amalan yang dilakukan sebelum tidurnya itu pasti memberatkannya untuk bangkit berkhalwah dengan Allah yang Maha Suci di malam hari.
Wallahu’alam-

Rabu, Ogos 18, 2010

TIDAK MENDAPAT PAHALA PUASA SELAIN LAPAR DAN DAHAGA

Setelah sekian lama menunggu dengan penuh kesabaran, akhirnya telah tiba juga waktu yang ditunggu-tunggu oleh kita semua sebagai umat Islam menunaikan kewajipan untuk berpuasa di bulan yang mulia ini, namun masih ada segelintir masyarakat yang belum menyedari apakah faedah yang akan mereka dapati daripada menunaikan kewajipan yang diperintahkan ini. Mereka merasakan berpuasa ini hanya sekadar beroleh lapar dan dahaga. Namun sebenarnya, berpuasa pada bulan Ramadhan ini tersangatlah banyak kelebihan yang akan kita dapati, di sini juga ada disediakan antara kelebihan yang akan kita dapati daripada dua segi :

Kelebihan dari segi Islam :
1. Mereka yang berpuasa akan mendapat balasan Syurga.
2. Orang yang berpuasa akan dimakbulkan permintaannya oleh Allah SWT.
3. Orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan iaitu (1) Waktu Berbuka (2) Bertemu dengan Allah pada hari kiamat kelak.
4. Orang yang berpuasa akan mendapat peliharaan oleh Allah SWT.
5. Orang yang berpuasa dengan sempurna dijanjikan mahligai yang indah di Syurga.
6. Setiap kali orang yang berpuasa sujud dikurniakan seribu tujuh ratus kebajikan, dibinakan mahligai di syurga dan tujuh puluh ribu malaikat memohon keampunan baginya dari pagi hingga petang.

Kelebihan dari segi Sains :
1. Puasa memberi kesegaran kepada fizikal dan mental seseorang.
2. Puasa bertindak menghancurkan sisa-sisa racun atau toksik dalam
darah manusia.
3. Puasa akan memberi kesegaran pada otot-otot dan akan membuat
anda sihat, segar dan bertenaga.
4. Puasa akan membantu menghakiskan keracunan yang berada
dalam tubuh badan manusia.
5. Puasa dapat memberikan keseimbangan dalam darah.
6. Bila darah kita terlampau berasid, puasa dapat menurunkan PH dan
menyebabkan darah kembali alkali.
7. Puasa boleh menurunkan darah tinggi.
8. Puasa boleh menurunkan berat badan.
9. Puasa membersihkan segala kotoran dalam badan.
10. Puasa boleh mencerahkan pemandangan mata.

Daripada Abu Hurairah r.a berkata : Rasulullah SAW bersabda :
مَنْ لَمْ يَدَعْ قَوْلَ الزُّورِ وَالْعَمَلَ بِهِ فَلَيْسَ لِلَّهِ حَاجَةٌ فِي أَنْ يَدَعَ طَعَامَهُ وَشَرَابَهُ
Maksudnya : ” Barang sesiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta, dan tetap mengamalkannya, maka Allah sekali-kali tidak berhajat (atas amalannya, meskipun) dia meninggalkan makanannya serta minumannya “. [HR Al-Bukhari : 1804]


Dan dalam riwayat Imam An-Nasai juga daripada Abu Hurairah Radhiallahu anhu Rasulullah SAW bersabda :
رُبَّ صَائِمٍ لَيْسَ لَهُ مِنْ صِيَامِهِ إِلاَّ الْجُوعُ وَرُبَّ قَائِمٍ لَيْسَ لَهُ مِنْ قِيَامِهِ إِلاَّ السَّهَرُ
Maksudnya : ” Berapa banyak orang yang berpuasa, tiada apa dari puasanya melainkan menahan dari makan dan minum”. (HR Ibn Majah : 1680)

Dalam berpuasa hendaklah kita menjaga adab yang zahir (menjaga puasa itu agar sah menurut pandangan ilmu feqah, maka kita mesti menahan diri daripada makan, minum dan dari segala yang membatalkan puasa) dan juga adab yang batin (menahan anggota badan dari melakukan maksiat). Kita hendaklah menahan mata dari melihat perkara-perkara yang haram oleh syara' seperti melihat aurat perempuan yang bukan mahramnya dan kita hendaklah menahan telinga daripada mendengar bunyi-bunyian atau percakapan yang diharamkan oleh syara' dan juga hendaklah kita memelihara lidah daripada bercakap bohong, mencaci orang, mengumpat, bercakap kasar yang boleh menimbulkan permusuhan dan seumpamanya. Selain dari itu kita dituntut pula untuk menjaga anggota badan yang lain dari membuat dosa, seperti kaki, tangan terutama pula perut mesti dijaga supaya jangan diisi ketika berpuka puasa dengan makanan yang haram. Apalah gunanya berpuasa daripada makan yang halal kemudian di waktu berbuka puasa, perutnya dipenuhkan dengan makanan yang haram serta akan menyebabkan kemurkaan Allah SWT.

"Setiap manusia memerlukan kepada puasa sekalipun dia tidak sakit, kerana toksin-toksin makanan dan ubat berkumpul di dalam tubuh lalu menjadikannya seperti orang yang sakit dan memberatkannya, maka kecergasannya akan berkurang. Apabila seseorang berpuasa, dia akan akan terlepas daripada bebanan toksin-toksin berkenaan dan dia akan merasai kecergasan dan kekuatan yang tidak dialami sebelum itu". (Dr. Mac Fedan – Ahli Perubatan Antarabangsa)

Daripada kata-kata Dr. Mac Fedan di atas, jelaslah kepada kita bahawa secara fitrahnya manusia sangat memerlukan suatu jangka masa untuk merehatkan tubuh badan daripada berterusan menerima toksin-toksin makanan dan ubat-ubatan. Ini kerana apabila ubat dan toksin berkumpul di dalam badan manusia akan menyebabkan badan menjadi lemah dan kecergasan seseorang akan berkurang.

Banyak sungguh kelebihan berpuasa ni ek... tapi bukan hanya berpuasa sahaja yang ada kelebihan, bulan berpuasa pun ada kelebihan, antara kelebihannya ialah :

Al-Quran Diturunkan
Peristiwa agung ini berlaku pada 17 Ramadhan ketika Nabi Muhamad SAW berusia 40 tahun semasa baginda sedang berkhulwah di Hira'.
Nuzul Quran = Malam 24 Ramadhan, Bukan Malam 17 Ramadhan


وَأَنْزَلَ اللَّهُ الْقُرْآنَ لِأَرْبَعِ وَعِشْرِينَ خَلَتْ مِنْ رَمَضَان
Rasulullah s.a.w bersabda: "Allah menurunkan al-Quran pada malam ke-24 Ramadhan" (Rujuk: Tafsir Ibn Kathir, di bawah penafsiran ayat 185 dari surah al-Baqarah, daripada Riwayat Imam Ahmad, daripada Wathilah bin Al-Asqa`) Dikeluarkan juga oleh Imam al-Tabaraani di dalam al-Mu’jam al-Kabeer yang mana dinilai Hasan oleh Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani di dalam al-Silsilah al-Sahihah - hadis no: 1575. Diakui terdapat perbezaan pendapat dalam hal ini, namun begitu sekalipun adanya khilaf tersebut, pendapat paling tepat/terpilih mengikut jumhur mufassirin adalah bahawa tarikh penurunan (nuzul) Quran bukanlah pada malam 17 Ramadhan tetapi adalah pada malam 24 Ramadhan kerana dijelaskan secara tepat di dalam hadis baginda.

Bulan Kemenangan
Berlakunya kemenangan yang terbesar yang berjaya dicapai oleh umat Islam di dalam peperangan Badar Al-Kubra. Peristiwa ini berlaku pada 17 Ramadhan, hari Jumaat tahun 2H iaitu tahun pertama disyariatkan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Seperti yang kita sedia maklum Allah SWT telah mengurniakan kemenangan kepada umat Islam walaupun bilangan tentera Islam hanya berjumlah 313 orang berbanding orang kafir seramai 1300 orang.


Satu lagi peristiwa agung berlaku pada bulan Ramadhan ialah berlakunya peristiwa ‘Fathul Makkah’. Ianya berlaku dalam bulan Ramadhan tahun ke 8H.

Penuh Dengan Keberkatan
Hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a Nabi s.a.w telah bersabda :
إِذَا جَاءَ رَمَضَانُ فُتِّحَتْ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ النَّارِ وَصُفِّدَتْ الشَّيَاطِينُ
Maksudnya :
"Apabila bulan Ramadhan telah datang maka dibukalah pintu-pintu Syurga ditutuplah pintu-pintu Neraka dan diikatlah Syaitan-syaitan.(HR Muslim : 1793)

Bulan Penghapus Dosa
Hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a Nabi s.a.w bersabda :
مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
Maksudnya :
"Barangsiapa berpuasa Ramadhan dengan beriman dan mengharap keredhaan Allah nescaya akan diampunkan dosa-dosanya pada masa-masa yang lalu". (Hadith Riwayat Bukhari : 37 & Muslim : 1268)
Bulan Tarbiyah
Bulan Ramadhan mendidik umat Islam supaya menjadi hamba yang bersabar. Juga mendidik hamba-Nya kearah melakukan kebaikan serta mendidik hamba-Nya menjadi insan yang soleh dengan istiqamah menjaga seluruh anggota badan daripada melakukan perkara-perkara yang tidak disukai oleh Allah SWT.

Malam Lailatul Qadar
Umat Nabi Muhamad SAW merupakan umat yang sangat istimewa kerana dikurniakan satu malam yang mempunyai pahala melebihi 1000 bulan beribadah.

Bulan Taqwa
Dengan melakukan amalan yang dianjurkan agar dilakukan pada bulan puasa secara istiqamah seperti qiamulail, bertadarus Al-Quran dan solat tarawih Allah SWT akan mengurniakan taqwa kepada hamba-Nya.

Ramadhan itu bermaksud Panas Terik :
Ramadhan daripada perkataan ‘Ramadho’ yang membawa maksud panas yang terik. Di dalam Islam bulan Ramadhan merupakan bulan yang ke-9 di dalam kalendar hijrah. Puasa telah difardhukan kepada seluruh umat Islam semenjak tahun ke-2 hijrah sehingga hari kiamat.

Lazimnya pada bulan ini cuacanya sangat panas. Bersempena dengan nama bulan tersebut, semoga Ramadhan tahun ini akan membakar dan melebur segala dosa yang telah dilakukan oleh orang-orang yang berpuasa.

KATAKANLAH “AKU BERPUASA”

Yang dimaksudkan dengan mengurangkan pahala puasa adalah tidak membatalkan puasa, tetapi puasanya sia-sia sahaja kerana perbuatan yang dilakukannya, bahkan dia akan diazab kerana perbuatannya. Oleh itu Nabi s.a.w telah memberitahu kita dalam sabdanya :
رُبَّ صَائِمٍ لَيْسَ لَهُ مِنْ صِيَامِهِ إِلاَّ الْجُوعُ وَرُبَّ قَائِمٍ لَيْسَ لَهُ مِنْ قِيَامِهِ إِلاَّ السَّهَرُ
Maksudnya : ” Berapa banyak orang yang berpuasa, tiada apa dari puasanya melainkan menahan dari makan dan minum”. (HR Ibn Majah : 1680)
Antaranya :
a. Kata-kata dusta
- Dari Abu Hurairah, telah berkata, Nabi s.a.w telah bersabda :
مَنْ لَمْ يَدَعْ قَوْلَ الزُّورِ وَالْعَمَلَ بِهِ فَلَيْسَ لِلَّهِ حَاجَةٌ فِي أَنْ يَدَعَ طَعَامَهُ وَشَرَابَهُ
Maksudnya : ” Barang sesiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta, dan tetap mengamalkannya, maka Allah sekali-kali tidak berhajat (atas amalannya, meskipun) dia meninggalkan makanannya serta minumannya “. [HR Al-Bukhari : 1804]
b. Perbuatan yang sia-sia dan keji
- Dari Abu Hurairah, telah berkata, Nabi s.a.w telah bersabda :
ليس الصيام من الأكل و الشراب، إنما الصيام من اللغو و الرفث، فإن سابّك أحد أو جهِل عليك، فقل : إني صائم، إني صائم
Maksudnya : ” Puasa itu tidaklah menahan makan dan minum semata-mata, tetapi puasa jugai adalah menahan dari perbuatan sia-sia dan keji. Jika ada orang mencela kamu, maka katakanlah : Aku berpuasa, aku berpuasa “. [HR Ibnu Khuzaimah : 1996][1]
Hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a Nabi s.a.w bersabda :
الصِّيَامُ جُنَّةٌ فَلَا يَرْفُثْ وَلَا يَجْهَلْ وَإِنْ امْرُؤٌ قَاتَلَهُ أَوْ شَاتَمَهُ فَلْيَقُلْ إِنِّي صَائِمٌ مَرَّتَيْنِ ...
Maksudnya :
Puasa adalah perisai, maka (seseorang janganlah mengerjakan rafas (perkataan yang keji) dan jangan berbuat jahil dan jika seseorang itu diperangi atau dicaci-maki, maka hendaklah dia mengatakan : “sesungguhnya aku sedang berpuasa,” (Nabi menyebutnya dua kali). (HR Bukhari : 1761).

Disiplin Puasa Ramadhan
Jagalah semua disiplin-disiplin dibulan Ramadahan agar kita mendapat rahmat (10 pertama), keampunan (10 kedua) dan kemerdekaan dari azab neraka(10 terakhir). BULAN Ramadan itu permulaannya rahmat, pertengahannya keampunan dan penghujungnya pelepasan dari api neraka.(Riwayat Ibn Khuzaimah)
Terdapat dua kategori disiplin (pantang larang) dalam ibadat puasa:-
1) Disiplin Fizikal – menahan diri dari makan, minum dan melakukan seks disiang hari.
2) Disiplin Spiritual (Rohani) – menahan diri dari perbuatan keji seperti bergaduh, melihat perempuan ajnabi dan:-
a) Menjaga mulut dari bercakap benda yang dilarang, mengumpat,
Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda :
إِذَا أَصْبَحَ أَحَدُكُمْ يَوْمًا صَائِمًا فَلَا يَرْفُثْ وَلَا يَجْهَلْ فَإِنْ امْرُؤٌ شَاتَمَهُ أَوْ قَاتَلَهُ فَلْيَقُلْ إِنِّي صَائِمٌ إِنِّي صَائِمٌ
Maksudnya :
“Apabila seseorang kamu berpuasa, janganlah ia bercakap perkara-perkara yang kotor dan sia-sia, dilarang juga bertengkar dan memaki hamun. Apabila ia dimaki hamun oleh seseorang atau pun diajak bermusuhan maka hendaklah ia berkata, “Sesungguhnya aku berpuasa hari ini”
Begitu juga dalam menjaga mulut dari menyanyi selain dari memuji Allah, Nabi, syurga dan perkara yang baik sahaja. Hukum nyanyian sama dengan percakapan, apa yang dibenarkan dalam percakapan itulah yang dibenarkan dalam nyanyian. Nyanyian yang dibenarkan ulama-ulama terdahulu adalah nyanyian tanpa muzik.
b) Menjaga mata dari melihat benda yang dilarang
c) Menjaga telinga dari mendengar benda yang dilarang seperti umpatan, muzik.
d) Menjaga anggota lain dari sebarang perkara mungkar, pergi ke tempat maksiat. Ulama feqah mengatakan sah puasa jika jaga disiplin “fizikal” sahaja, tapi tiada pahala. Lagipun Nabi menyuruh kita agar menjaga kedua-dua disiplin fizikal dan spiritual puasa.

Puasa yang rugi
Ramai orang puasa tapi tidak dapat apa-apa melainkan lapar dan dahaga.

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Berapa banyak orang yang berpuasa tetapi dia tidak mendapat apa-apa dari puasanya kecuali hanya lapar dan dahaga.”
Daripada Abu Hurairah r.a. katanya bahawa Nabi s.a.w. bersabda:
مَنْ لَمْ يَدَعْ قَوْلَ الزُّورِ وَالْعَمَلَ بِهِ فَلَيْسَ لِلَّهِ حَاجَةٌ فِي أَنْ يَدَعَ طَعَامَهُ وَشَرَابَهُ
“Sesiapa yang tidak meninggalkan percakapan bohong dan berkelakuan buruk sedangkan ia berpuasa, baginya tidak ada kelebihan (pahala) di sisi Allah selain dari lapar dan dahaga sahaja yang didapatinya.” (Riwayat Bukhari : 1770)
Matlamat puasa bukanlah sekadar meninggalkan makan dan minum, tetapi untuk melemahkan nafsu yang buruk. Oleh itu hendaklah mengawal diri dari melakukan perkara yang keji semasa berpuasa.
Perjuangan
Oleh itu berjuanglah untuk menjagalah semua disiplin-disiplin dibulan Ramadahan, selain dari makan, minum, seks, jagalah lidah, mata, telinga, anggota lain dari perkara yang sia-sia agar kita mendapat rahmat (10 Ramadhan pertama), keampunan (10 Ramadhan kedua) dan kemerdekaan dari azab neraka(10 Ramadhan terakhir)
Bulan Ramadan itu permulaannya rahmat, pertengahannya keampunan dan penghujungnya pelepasan dari api neraka.(Riwayat Ibn Khuzaimah)

Zakat fitrah.
Bayarlah zakat fitrah untuk menampung kekurangan ibadat puasa kita dan “accident” atau kesalahan seperti tidak menjaga mata dari melihat perempuan, menonton tv. Zakat fitrah itu memberi kekuatan untuk ibadat itu naik ke langit dan dipersembahkan kepada ALLAH. Hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu ‘Abbas yang menyebut;
“Rasulullah telah mewajibkan zakat fitrah untuk menyucikan orang berpuasa dari perkara sia-sia dan ucapan-ucapan kotor dan juga sebagai makanan kepada fakir miskin”. (Riwayat Imam Abu Daud , Ibnu Majah dan al-Hakim)
Bayarlah mengikut kemampuan..bayar lebih kalau kita orang berada kerana kadar yang ditetapkan oleh pejabat agama adalah mengikut purata.Contohnya kalau kadar zakat RM4.70 dan kita tinggal di rumah banglo, makan beras yang mahal, maka bayarlah RM5 atau lebih.
Zakat fitrah afdal dibayar dipagi raya sebelum solat hariraya. Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a katanya: Rasulullah s.a.w memerintahkan agar zakat fitrah ditunaikan sebelum orang ramai keluar untuk mendirikan sembahyang Hari Raya. Dizaman Rasulullah s.a.w., zakat fitrah terus diagihkan kepada orang miskin selepas Sembahyang Hari Raya.
Jika dibayar selepas sembahyang hariraya pun masih sah cuma pahalanya seperti pahala sedekah sahaja. Elok juga bayar awal untuk mengelakkan kesesakan dan lambat sembahyang hari raya.
Dari Ibn Abbas r.a., katanya: “Rasulullah s.a.w. telah menentukan wajibnya zakat fitrah, untuk membersihkan orang yang mengerjakan puasa dari perkataan yang sia-sia dan perkataan yang buruk dan juga untuk menjadi makanan orang-orang miskin, oleh itu sesiapa yang menunaikannya sebelum sembahyang hari raya maka menjadilah ia zakat fitrah yang maqbul dan sesiapa yang menunaikannya sesudah sembahyang hari raya maka menjadilah ia sedekah biasa seperti sedekah-sedekah sunat yang lain (Riwayat Abu Daud).

Hadith Ganjaran Tarawih Pada Malam-Malam Tertentu Adalah HADIS PALSU

__________________________________________________________________________________



Setiap tahun apabila menjelangnya Ramadhan, maka sebuah hadis yang amat popular tentang Fadzilat Solat Tarawih kembali tersebar dengan luasnya. Hadis tersebut ialah satu hadis yang kononnya diriwayatkan oleh Sayyidina Ali r.a. yang sebahagiannya adalah seperti berikut:

"Diriwayatkan oleh Sayyidina Ali bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda (berkenaan dengan fadzilat sembahyang tarawih pada bulan Ramadhan) antaranya:

Malam Pertama:

Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana dia baru dilahirkan.

Malam Keempat:

Mendapat pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Sehinggalah ke malam yang ke-30...

Ulama' hadis dengan kaedah dan disiplin ilmu yang sahih telah memutuskan bahawa ianya bukanlah hadis. Atau disebut sebagai HADIS PALSU. Penyebaran hadis ini seharusnya telah lama dihentikan kerana saban tahun peringatan tentang kedustaannya telah dilakukan. Antara yang mengeluarkan kenyataan tentang kepalsuannya adalah Institut al-Qur'an dan al-Sunnah, Kelantan. Ianya juga didapati di dalam laman web Mufti Negeri Terengganu.

Antara disiplin ilmu di dalam memahami hadis ialah; ianya melalui jalan dirayah dan riwayah bagi memastikan kedudukan sesuatu hadis terhadap matan (ayat hadis) dan sanad (rangkaian periwayatan hadis). Kedua-dua perkara ini dipastikan ketulinannya dan tidak harus mempunyai syaz (pelik) dan illat (cacat).
Hadis-hadis telah dikumpulkan, disaring dan diriwayatkan dengan sempurna oleh ulama' hadis pada sekitar tahun 200H-300H. Antara muhaddithin (ulama' hadis) yang diiktiraf dari kalangan Ahli Sunnah Wal-Jamaah di dalam meriwayatkan hadis antaranya adalah Imam Bukhari (194H-256H), Imam Muslim (204H-261H), Imam Abu Dawud (202H-275H), Imam at-Termizi (209H-279H), Imam an-Nasa-i (215H-293H) dan Imam Ibnu-Majah (207H-273H).

Selain hadis-hadis sahih, terdapat juga hadis-hadis hasan, dhaif ataupun palsu di dalam kitab-kitab mereka. Namun, ini tidak merendahkan kedudukan ilmu mereka. Pengkelasan ini dibuat oleh ulama' yang kemudian dengan kaedah yang sangat detail. Antaranya ulama' hadis mengkritik kepada sanad iaitu perawi-perawi hadis. Mereka telah mengenal pasti siapakah yang dipercayai dan siapakah yang dusta. Nama-nama periwayat hadis dikumpulkan atau ianya di dalam cabang ilmu yang dinamakan dengan ilmu rijal atau ilmu jarh wa-al Ta'dil. Keseluruhan kaedah memahami hadis ini adalah terangkum di dalam ilmu Mustalah Hadis atau 'Ulum Hadis.

Antara ulama' kemudian yang bertanggungjawab untuk mengklasifikasi dan menafsirkan hadis adalah seperti al-Hakim al-Nisaburi, Ibn-Kaithir, Abd Rahim al-Iraqi, Ibn-Hajar al-Asqolani, adz-Zahabi, Taqiyyudin at-Taimiyyah, Ibn-Qayyim al-Jauziyyah, Ibnu-Jauzi, Nasaruddin al-Albani dan ramai lagi.

Hadis-hadis yang benar dan palsu diasingkan. Subhanallah, Allah telah menganugerahkan ilmu yang begitu hebat kepada mereka di dalam mengawal dan memastikan ketulinan rujukan umat dari al-Qur'an dan al-Hadith.

Berbalik kepada hadis fadzilat solat sunat Tarawih. Ianya tidak didapati di dalam mana2 kitab hadis yang benar dan juga di dalam kitab2 hadis yang palsu. Ini bermakna ianya baru sahaja direka oleh golongan yang melampau. Segala pertimbangan di dalam menilai kepalsuan sesuatu hadis telah cukup bagi membuktikan bahawa hadis ini adalah hadis palsu. Antaranya; pada sanad, tidak langsung mempunyai rangkaian periwayatan. Pada matan, ternyata mempunyai syaz (pelik) dan illat (cacat). Dipercayai hadis ini direka oleh golongan Syiah bagi mengangkat ketokohan Sayyidina Ali dan bagi melekakan umat Islam di dalam mengharapkan balasan yang tidak dijanjikan oleh Allah dan Nabi-Nya Muhammad saw. Kita tidak menafikan ketokohan Saiyidina Ali dan kelebihan sembahyang tarawih dan kedudukannya didalam sunnah. Namun begitu kita tidak mahu umat Islam tertipu di dalam mengerjakan amalan-amalan kebaikan dengan mengharapkan sesuatu yang sebenarnya tidak akan diperolehinya. Penyebaran hadis-hadis palsu seumpama ini juga akan mencemarkan kesucian hadis Rasulullah s.a.w. yang dipelihara dengan dengan begitu baik oleh ulama-ulama terdahulu.

Di dalam beramal di bulan Ramadan ini dan untuk mengharapkan ganjaran dari Allah SWT, cukuplah bagi kita dengan hadis yang SAHIH dari Rasulullah saw berkenaan menghidupkan malam Ramadhan yang bermaksud (terjemahan): “Sesiapa yang menghidupkan malam Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran dari Allah, maka diampunkan dosa-dosanya yang lalu”. (Al-Bukhari) Ada yang menganggap mengingatkat umat Islam tentang kepalsuan sesuatu hadis adalah perkara yang remeh dan tidak perlu diperbesarkan. Sedangkan mereka lupa kepada janji Rasulullah saw akan balasan neraka terhadap pendusta hadis dan amaran ini didapati hampir di dalam semua kitab-kitab utama hadis.

Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang maksudnya (terjemahan): “Sesungguhnya berdusta ke atasku (menggunakan namaku) bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain (menggunakan nama orang lain). Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka” (Bukhari, Muslim) Hadis ini diriwayatkan dengan banyak sekali sehingga sampai ke peringkat Mutawatir. Ancaman ini merangkumi segala jenis pendustaan keatas Nabi S.A.W. sama ada dengan maksud memberi galakan supaya rajin beramal ibadat ataupun ancaman supaya menjauhi segala larangan Allah (targhib dan tarhib).

Bukan sahaja membuat hadith palsu itu haram, bahkan meriwayatkannya tanpa diterang kepada orang yang mendengar bahawa ianya adalah hadis palsu juga adalah sesuatu yang haram. Kata al-Imam Ibn al-Salah : “Tidak halal kepada sesiapa yang mengetahui ianya hadis palsu meriwayatkannya dalam apa bentuk sekalipun, melainkan disertai dengan menerangkan kepalsuannya” (Ibn al-Salah,`Ulum al-Hadith)

Kita memohon kepada Allah agar kita bukanlah dari kalangan yang sengaja menyebarkan hadis-hadis palsu dan memohon keampunan di atas segala kesilapan yang kita sedari atau tidak selama ini. Semoga Ramadhan tahun ini tidak dibaluti dengan pendustaan di atas nama Rasulullah saw.
[Tambahan dari: Mashoorias-salafi]

Fatawa: Fadhilat Sembahyang Tarawih

Soalan: Unit Kajian Dan Penyelidikan, Bahagian Kajian Dan Penerbitan, Pusat Da'wah Islamiah sedang menjalankan kajian mengenai dengan hadis fadhilat sembahyang Tarawih, kitab Durrah AI-Nashihin (terbitan Mesir tahun 1949), diriwayatkan oleh Ali bin Abu Thalib.

Hadis tersebut sangat popular di kalangan masyarakat di negara ini kerana sejak 10 tahun yang lalu penerbitan-penerbitan buku (risalah) mengenai hadis tersebut telah dijalankan dan hadis-hadis berkenaan juga disiarkan melalui Radio Televisyen Brunei dalam bentuk promo bagi maksud mentarghib masyarakat supaya mendirikan sembahyang Tarawih dengan teratur. Sepanjang tempoh tersebut, kita ini tidak pernah mempersoalkan tentang sanad atau sumber hadis tersebut. Bagaimanapun, Berita Harian (Malaysia) keluaran 31hb. Disember, 1998, Ihb. Januari, 1999 dan 16hb. Januari, 1999 telah mempersoalkan keshahihan hadis tersebut sehingga sampai kepada kesimpulan bahawa hadis tersebut adalah hadis maudhu'.

Sukacita abis kaola menghadapkan isu mengenai hadis ini kepada Pehin bagi mendapatkan fatwa dan ketentuan tentang kedudukan hadis-hadis berkenaan untuk dijadikan pegangan dan menghindari keraguan di kalangan masyarakat di Negara Brunei Darussalam.

Jawapan: Hadis mengenai fadhilat sembahyang Tarawih yang disebutkan dalam kitab Durrah Al-Nashihin bermaksud: “Daripada Ali Bin Abu Talib Radhiallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah Shallallahu alaihi Wasllam telah ditanya tentang keutamaan-keutamaan Tarawih di bulan Ramadhan.

Baginda bersabda:

“Orang mukmin keluar daripada dosanya pada:

Malam pertama:

Seperti saat dia dilahirkan ibunya

Malam kedua:

Dia diampuni, juga kedua orang tuanya, jika keduanya mukmin.

Malam ketiga:

Malaikat berseru dari bawah ‘Arasy. Mulailah beramal, semoga Allah mengampuni dosamu yang telah lalu.”

Malam keempat:
Dia memperolehi pahala seperti pahala membaca Taurat, Injil, Zabur dan Al-Furqan.

Malam kelima:

Allah Ta’ala memberinya pahala seperti pahala orang yang sembahyang di Masjidil Haram, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.

Malam keenam:

Allah Ta’ala memberinya pahala orang yang bertawaf di Makmur dan dipohonkan ampun oleh setiap batu dan cadas (lapisan tanah yang keras)

Malam ketujuh:

Seolah-olah dia mencapai darjat Nabi Musa ‘Alaihi salam dan kemenangannya atas Firaun dan Haman.

Malam kelapan:

Allah Ta’ala memberinya apa yang pernah Dia berikan kepada Nabi Ibrahim ‘Alaihissalam

Malam kesembilan:

Seolah-olah dia menyembah Allah Ta’ala sebagaimana ibadat Nabi Shallallahu alaihi wasalam

Malam kesepuluh:

Allah Ta’ala mengurniakan kepada nya kebaikan dunia dan akhirat.
Malam kesebelas:

Dia keluar dari dunia seperti saat dia dilahirkan dari perut ibunya.
Malam kedua belas:

Dia datang pada Hari Kiamat sedang wajahnya bagaikan bulan di malam purnama.
Malam ketiga belas:

Dia datang pada Hari Kiamat dalam keadaan aman daripada setiap keburukan Malam keempat belas:

Para malaikat datang seraya memberi kesaksian untuknya, bahawa dia telah melakukan sembahyang Tarawih, maka Allah tidak menghisabnya pada hari Kiamat.
Malam kelima belas:

Dia didoakan oleh para malaikat dan para penanggung ‘Arasy dan Kursi
Malam keenam belas:

Allah menetapkan baginya kebebasan untuk selamat dari neraka dan kebebasan masuk ke dalam syurga

Malam ketujuh belas:

Dia diberi pahala seperti pahala para nabi.

Malam kelapan belas:

Malaikat menyeru: “Wahai Hamba Allah, sesungguhnya allah redha kepadamu dan kepada ibu bapamu.

”Malam kesembilan belas:
Allah mengangkat darjat-darjatnya dalam syurga Firdaus.

Malam kedua puluh:

Allah memberi pahala para syuhada’ dan shalihin.

Malam kedua puluh satu:

Allah membangun untuknya sebuah gedung daripada cahaya

Malam kedua puluh dua:
Dia datang pada hari Kiamat dalam keadaan aman daripada setiap kesedihan dan kesusahan.

Malam kedua puluh tiga:

Allah membangun untuknya sebuah kota dalam syurga

Malam kedua puluh empat:

Dia memperolehi dua puluh empat doa yang dikabulkan

Malam kedua puluh lima:

Allah Ta’ala menghapuskan daripadanya azab kubur

Malam kedua puluh enam:

Allah mengangkat pahalanya selama empat puluh tahun.

Malam kedua puluh tujuh:

Dia dapat melewati Shirath pada Hari Kiamat, bagaikan kilat yang menyambar.

Malam kedua puluh lapan:
Allah mengangkat baginya seribu darjat dalam syurga

Malam kedua puluh sembilan:
Allah memberi pahala seribu haji yang diterima.

Malam ketiga puluh:

Allah berfirman: “Hai Hambakan makanlah buah-buahan syurga, mandilah daripada air Salsabila dan minumlah dari Kauthar. Akulah Tuhanmu, dan engkau hambaKu.” (Majlis) Setelah merujuk kepada kitab-kitab hadis yang muktabar di kalangan ahli Sunnah Wal Jama’ah, termasuk kitab-kitab yang menjadi sandaran dalam pencarian hadis-hadis, sehingga setakat ini tidak dijumpai hadis-hadis yang khusus menyebutkan tentang kelebihan sembahyang Tarawih dengan menyatakan ganjaran yang diperolehi pada setiap malam Ramadhan sepertimana yang dinyatakan.

Apa yang telah ditemui setakat ini, hanyalah riwayat-riwayat yang hampir sama dengannya dan dihubungkan sanadnya kepada sayyidina Ali Bin Abu Talib iaitu tersebut dalamkitab Bihar Al-Majlisi, salah Ramadhan dan kirab Was’a’il Al- Syi’ah karangan Al-Shiekh Muhammad bin Al-Hasan Al-Har Al-‘Amili dalam bab Istihab Al-Shalah Al-Mukhshushah Kulla Lailah min Syahr Ramadhan wa Awwal Yaum Minh.

Maka sehubungan itu, oleh kerana hadis yang ditanyakan itu tidak diketahui sumbernya yang boleh ditanyakan itu tidak diketahui sumbernya yang boleh dii’timad, maka ia mestilah dihentikan daripada dipromokan melalui radio ataupun televisyen. Sekiranya Pusat Da’wah Islamiah ingin menggalakkan orang ramai supaya rajin dan bersungguh-sungguh mengerjakan sembahyang Tarawih, adalah lebih baik hadis-hadis yang dipromokan itu diambil daripada kitab-kitab yang muktabar. Fadhilat sembahyang Tarawih yang ada disebut dalam hadis-hadis yang terkandung dalam kitab-kitab sunan yang muktabar hanyalah secara umum sahaja tanpa menyebut fadhilat 30 malam Ramadhan itu.

Antaranya ialah hadis yang diriwayatkan daripada abu Hurairah Radhiallahu a’nhu, sabda Rasullullah shallallahu ‘alaihi wasallam:

Maksudnya: “Sesiapa yang mendirikan sembahyang di bulan Ramadhan kerana iman dan mengharapkan (pahala daripada Allah), diampunkan baginya dosa-dosanya yang terdahulu.”Hadis seumpama ini turut diriwayatkan oleh Muslim, Tirmidzi, abu daud, Imam Ahmad dan lainnya…

BID'AH-BID'AH DI HARI RAYA

Perbuatan Makan Dan Berzikir DiKuburan Pada Hari Raya

Antara bid’ah kaum-kaum jahiliyah ialah mengkhususkan ziarah kubur di Hari Raya. Duduk membaca Yasin, berzikir, bertahmid, menanam pokok, menabur bunga, mencantikkan kubur, menghias, menutup kepala nisan dengan kain putih atau kuning, menangis, meratap, meraung, bertawassul dengan ahli kubur dan ada membawa makanan untuk bersantap di kuburan. Di dalam hal ini, Imam as-Syafie rahimahullah mengharamkannya dan beliau berfatwa :

ويكره …. نقل الطعام الى القبور
“Dimakruhkan (haram) membawa makanan ke kuburan”.
(Lihat: الطالبين اعانة (ina’atu at-Tholibin) Juz. 2 hlm. 146)

Haram menyambut Hari Raya di kuburan termasuklah di kubur para nabi, wali atau mana-mana kubur, kerana tidak ada Hari Raya kubur (عيد القبر). Nabi sallallahu ‘alahi wa-sallam bersabda :

عَنْ اَبِيْ هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهَ وَسَلَّمَ : لاَ تَتَّخِذُوا قَبْرِيْ عِيْدًا
“Dari Abi Hurairah radiallahu ‘anhu berkata: Telah bersabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam: Janganlah jadikan kuburku sebagai tempat berhari raya”. (Hadis Sahih H/R Ahmad 2/367 dan Abu Daud 2042)

Imam Syafie rahimahullah mengharamkan duduk di atas kubur, beliau berlandaskan kepada hadis :

لاَنْ يَجْلِسَ اَحَدُكُمْ عَلَىجَمْرَةٍ ، فَتَحرق ثِيَابَهُ ، فَتخلص اِلَىجَلْدِهِ خَيْرٌ مِنْ اَنْ يَجْلِسَ عَلَى قَبْر
“Abu Hurairah berkata : Telah bersabda Rasulullah: Jika salah seorang kamu duduk di atas bara api membakar sampai menembusi pakaianmu lalu membakar kulitnya, masih lebih baik baginya daripada ia duduk di atas kuburan”. (H/R Muslim, 3/62. Abu Daud 3228. Ahmad 2/311. Baihaqi 4/79. Ibnu Majah dan An-Nasaii)

Imam Syafie berfatwa : Membaca al-Quran untuk menghadiahkan pahalanya kepada orang mati adalah perbuatan yang haram dan sia-sia, kerana tidak sampai kepada Si Mati. Beliau berfatwa:

ان القراءة القرآن لايصل اهداء ثوا الى الموتى لانه من عملهم ولا كسبهم ولهذا لم يندب اليه رسول الله صلى الله عليه وسلم ولا ارشدهم اليه بنص ولا اعاء
“Sesungguhnya pahala bacaan al-Quran dan hadiah pahala tidak sampai kepada Si Mati kerana bukan dari amal mereka dan bukan usaha mereka. Rasulullah sallahu ‘alaihi wa-sallam tidak pernah menghukum sunnah umatnya dan tidak pernah mendesak mereka melakukan perkara tersebut dan tidak pula menujukkan kepadanya walau melalui satu nas atau seruan”. (Lihat: Tafsir Ibn kathir 4/335)

Orang-orang yang beriman sewajarnya mempu menghapuskan setiap amalan-amalan bid’ah, terutama yang telah dijelaskan dalil-dalilnya dan telah difatwakan oleh Imam Syafie rahimahullah.


Bid’ah-Bid’ah Di Malam Hari Raya

Para aktivis bid’ah (مُبْتَدِع) terutamanya dari kalangan tariqat sufi/tasawwuf dan yang jahil tentang hukum ahkam syara’, menghidupkan beberapa bid’ah yang berupa talbis syaitan seperti bersolat, berzikir dan berwirid yang diterima dari hasil ciptaan syeikh-syeikh sufi yang diambil dari hadis-hadis lemah. Antaranya hadis tersebut ialah :


مَنْ اَحْيَا لَيْلَةَ الْفِطْرِ وَاْلاَضْحَى ، لَمْ يَمُتْ قَلْبُهُ يَوْمَ تَمُوْتُ الْقُلُوْب.
“Sesiapa menghidupkan malam Hari Raya Idul Fitri dan Idul Adha, tidak akan mati hatinya di hari hati-hati dimatikan”. (Hadis Mungkar/palsu)


Kenduri Arwah Sempena Hari Raya

Berkenduri arwah (majlis tahlil) dipagi Syawal setelah solat, atau ke kubur berziarah sambil bertahlil dan membawa bunga serta kain penutup nisan. Semuanya itu telah diharamkan. Terdapat athar sahih mengharamkan menyediakan makanan, berzikir beramai-ramai dan berkumpul semula setelah kematian kerana ia menjadi ratapan:


عَنْ جَرِيْرِ بْنِ عَبْدِ اللهِ الْبَجَلِيِّ قَالَ : كُنَّا نَرَى وَفَى رِوَايَةٍ كُنَّا نَعُدُّ) الاِجْتِمَاعَ اِلَى اَهْلِ الْمَيِّتِ وَصَنْعَةَ الطَّعَامِ (بَعْدَ دَفْنِهِ) مِنَ النِّيَاحَةِ
“Dari Jarir bin Abdullah al-Bajali ia berkata: Kami (para sahaba) memandang (di riwayat lain menganggap) berkumpul-kumpul di tempat mayat dan menyiapkan makanan sesudah kematian (lepas dikebumikan) adalah termasuk dalam hal meratapi Si Mati.” (Dikeluarkan oleh Muslim 822 (Kitabus Siam) no. 1164. Abu Daud. 2/812-813. (Kitabus Siam). No 2433. At-Turmizi . (Bab As-Siam) no 756 Turmizi berkata: Hadis hasan sahih. Ibnu Majah 3/206-207 (Kitabus Siam) no 1716) Agar kesucian sunnah terpelihara semasa menyambut Idul Fitri dan Idul Adha, maka hindarkanlah segala bid’ah, syirik, khurafat, tahaiyul dan maksiat semasa merayakannya. Janganlah cemari Hari Raya dengan perkara-perkara yang menyalahi sunnah atau syariat. Wa-Allahua’lam.

Selasa, Ogos 17, 2010

AMALAN BERSAHUR SATU TUNTUTAN BAGI YANG BERPUASA

Para ulama telah ijmak tentang keutamaan dan berkenaan sunnahnya bersahur. (Fathul Bari 4/139. Ibnu Hajar) Rasulullah bersabda:


عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ : تَسَحَّرُوْا فَاِنَّ فِى السَّحُوْرِ بَرَكَةً
“Dari Anas berkata: Bersabda Rasulullah: Bersahurlah kamu sekalian, kerana dalam bersahur itu terdapat barakah”. (Hadis Riwayat Bukhari 4/120. Muslim 1059. Diriwayatkan juga oleh Tirmizi, Nasaii dan Ibn Majah)

Apakah kepentingan bersahur pada waktu itu sehingga ia digambarkan sebagai satu keberkatan?

Menurut Imam Ibnu Hajar al-Asqalani ketika menghuraikan hadith ini di dalam bukunya Fathul Bari, keberkatan pada amalan bersahur itu membawa beberapa makna. Berikut adalah ringkasan daripada apa yang beliau nyatakan :

1. Keberkatan dengan maksud ganjaran dan pahala daripada Allah SWT.
2. Keberkatan dengan makna ia memberikan kekuatan dan mengurangkan keletihan bagi mereka yang akan berpuasa.
3. Keberkatan kerana waktu sahur adalah waktu untuk berdoa dan beribadah.
4. Ia merupakan satu sunnah Rasulullah s.a.w.
5. Ia merupakan amalan yang membezakan kita dengan ahli kitab yang mana mereka tidak bersahur.
6. Memberikan kekuatan untuk menunaikan ibadah.
7. Mengingatkan kita untuk berniat bagi puasa.
8. Membuka peluang untuk bersedekah untuk orang-orang yang bersahur bersama.
9. Mengelakkan akhlak buruk yang mungkin timbul kerana terlalu lapar.
10. Malaikat mendoakan orang-orang yang bersahur.

Semoga Allah SWT memberikan 'keberkatan' ini untuk kita ....hanya dengan bersahur yang mungkin dilihat kecil, tetapi ia amat besar nilainya...





Keutamaan Bersahur

تَسَحَّرُوْا وَلَوْ بِجُرْعَةٍ مِنَ الْمَاءِ
“Bersahurlah walaupun hanya dengan meminum seteguk air”. (Hadis Riwayat Abu Ya’la 3340. Ibnu Hibban No 884. Hadis Hasan)


اَلسَّحُوْرُ أَكْلُهُ بَرَكَةٍ ، فَلاَ تَدَعُوْهُ وَلَوْ أَنْ يَجْرَعَ اَحَدُكُمْ جُرْعَةً مِنْ مَاءٍ فَاِنَّ اللهَ وَمَلاَئِكَتَهُ يُصَلُّوْْنَ عَلَى الْمُتَسَحِّرِيْنَ
“Bersahur makanannya diberkahi, janganlah meninggalkan sahur walaupun hanya meminum seteguk air kerana Allah dan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang bersahur”. (Hadis Riwayat Ibnu Abi Syaibah 2/8. Ahmad 3/12,44)


اَلْبَرَكَةُ فِى ثَلاَثَةٍ ، اَلْجَمَاعَةُ ، والثَّرِيْدُ ، وَالسَّحُوْرُ
“Keberkatan itu pada tiga perkara: Jamaah, Sayuran dan makan sahur”. (Hadis Rriwayat Thabrani (dalam al-Kabir) 6127. Al-Khatib (dalam Mawadah) 1/263)

اِنَّهَا بَرَكَةٌ أَعْطَاكُمُ اللهُ اِيَّهَا فَلاَ تَدَعهُ
“Sesungguhnya bersahur itu adalah berkah yang Allah berikan kepada kamu maka janganlah kamu tinggalkannya”. (Hadis Riwayat Nasaii 4/145. Ahmad 5/270. Sanadnya sahih)


إِنَّ اللهَ جَعَلَ الْبَرَكَةَ فِى السَّحُوْرِ وَالْكَيْلِ.
“Sesungguhnya Allah telah memberi keberkatan pada makan sahur dan takaran (timbangan)”. (Diriwayatkan oleh Asy-Syirazi. Lihat: Jami’ as-Sagir 1715)

هَلُّمَ اِلَى الْغَدَاءِ الْمُبَارَكِ : يَعْنِيْ السَّحُوْرُ
“Marilah menuju ke makanan yang berkah: Iaitu bersahur”. (Hadis Riwayat Ahmad 4/133. Ibnu Hibban 223. Nasaii 4/146. Sanadnya sahih)
Perbuatan Bersahur Membezakan Dengan Puasanya Ahli Kitab

فَضْلَ مَا بَيْنَ صِيَامِنَا وَصِيَامِ أَهْلِ الْكِتَابِ أَكْلَةُ السَّحَرِ
“Perbezaan puasa kami dan puasa Ahli Kitab ialah bersahur”. (Hadis Riwayat Muslim, 1096)


Bersahur Dengan Kurma

Jenis makanan sahur yang afdal/utama ialah buah kurma. Rasulullah bersabda:

مَنْ أَرَادَ أَنْ يَصُوْمَ فَلْيَتَسَحَّرْ بِشَيْءٍ
“Barangsiapa mahu berpuasa hendaklah bersahur dengan sesuatu”. (Hadis Riwayat Abi Syaibah 3/8. Ahmad. 3/367. Abu Ya’la 3/438. Al-Bazzar 1/465)

نِعْمَ سَحُوْرُ الْمُؤْمِنِ التَّمْرُ
“Sebaik-baik makanan sahur seorang mukmin ialah kurma”. (Hadis Riwayat Abu Daud 2/303. Ibnu Hibban 223. Baihaqi 4/237. Sanadnya sahih)


Melewatkan Makan Sahur

Adalah sunnah mensegerakan berbuka dan melewatkan makan sahur, kerana ‘Amr bin Maimun al-Audi dia berkata:

كَانَ أَصْحَابُ مُحَمَّدٍ صَلَّىاللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّى أَسْرَعَ النَّاسِ إِفْطَارًا وَأبْطَاءَ هُمْ سَحُوْرًا
“Para sahabat Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam adalah orang-orang yang paling cepat berbukanya dan yang paling lambat makan sahurnya”. (Hadis Riwayat Abdulrrazzak, dalam al-Musannaf, 7591. Hadis ini disahihkan oleh al-Hafiz Ibnu Hajar dalam Fathul Bari 4/199. Dan Al-Haitami dalam Majma’ Zawaid 3/154

DIDIK ANAK-ANAK MELALUI KEBERKATAN RAMADAN

DIDIK ANAK-ANAK MELALUI KEBERKATAN RAMADAN

Pertamanya, Islam mewajibkan bapa memberikan nafkah kepada anak dari sumber halal dan baik. Oleh itu, bapa mesti memastikan pekerjaan yang dilakukan adalah halal serta dilakukan dengan bersih dan amanah. Bapa yang mencari rezeki juga mesti menjauhi pekerjaan syubahat atau ada unsur keraguan, penipuan dan penyelewengan. Hasil daripada rezeki halal akan menumbuhkan jasad anak yang mudah dibentuk dan dididik.

Kewajipan kedua ialah menjaga kesihatan anak dengan memberikan makanan berkhasiat dan mengubati penyakit mereka.

Ketiga, ibu bapa wajib mendidik anak menjauhi perkara yang boleh membawa kepada kemudaratan atau penyakit dengan mengetahui cara menjaga kebersihan, memilih makanan dan persekitaran sihat. Ibu bapa juga berkewajipan menggalakkan anak bersukan atau riadah untuk kesihatan badan.

Dalam memberikan pendidikan mental, ibu bapa hendaklah memberikan pendidikan seimbang sejak kecil lagi. Ilmu fardu ain dan kifayah hendaklah diberikan sejak anak berusia lima atau enam tahun.

Kenalkan juga anak dengan kehebatan perjuangan Rasulullah saw, tamadun Islam dan kehebatan tokoh Islam, agar mereka tidak memandang Islam sebagai agama yang sempit. Malah mereka patut tahu bahawa Islam adalah cara hidup yang sebenar dan terbaik.

Sekiranya mereka memiliki keimanan mantap dan mengetahui perancangan musuh Islam, insya-Allah mereka akan terselamat daripada gejala sosial dan keruntuhan akhlak. Apatah lagi keruntuhan aqidah. Di samping itu, untuk menjana kehebatan minda anak-anak mesti diajar mencintai Rasulullah saw dan al Quran. Kecintaan kepada rasul dan al-Quran akan menjadikan seseorang mencintai ilmu. Ini kerana al Quran adalah sumber segala ilmu dan Rasulullah saw adalah pengasas kepada tamadun ilmu sebenar.





MENDIDIK ANAK DENGAN RAMADAN

1. Menyampaikan Salam Ramadhan
Ucapan selamat menyambut Ramadhan, selain dari menghantar SMS kepada kenalan, juga boleh dipraktikkan dengan anak-anak dengan membuat kad ucapan Ramadhan bersama mereka, dan menggalakkan mereka mengucapkan salam Ramadhan kepada datuk nenek dan saudara-mara melalui telefon.

2. Latih mereka berpuasa
Ada hari2 yang saya tidak memasak untuk mereka (tapi tetap bagi susu badan), dan memberitahu mereka tentang puasa. Anak sekecil Fahry mungkin tidak tahu meminta makanan tapi berikan mereka motivasi bahawa saat2 yang paling menggembirakan ialah bila kita berbuka puasa, sebagaimana hadis Rasulullah SAW “Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan: Kegembiraan ketika berbuka puasa dan kegembiraan ketika bertemu Tuhannya”.
Bila anak sudah pandai berkata-kata dan mengeluh “Lapar…” seperti Hafiy, ceritakan padanya tentang hikmah puasa, dan bagaimana anak-anak yang kebuluran tidak ada makanan tapi mereka sabar. (Walau bagaimanapun jangan paksa jika mereka tak tahan).

3. Membuat Lapbook atau Buku Kecil Ramadhan
Bersama2 membuat lapbook yang mengumpulkan kepentingan, hukum2 dan hikmah Ramadhan yang menarik agar anak2 berasa seronok membuat dan melaksanakan isinya.

4. Melukis dan Mewarna Poster Ramadhan
Bersama-sama melukis dan mewarna poster tentang Ramadhan dengan berbagai-bagai tema, contohnya, awal Ramadhan rahmat, pertengahan maghfirah dan akhirnya pembebasan dari neraka; lailatulqadar; dan sebagainya.
Membawa Anak-anak ke Masjid
Bukanlah semata2 untuk menunaikan solat terawih, kerana kita boleh membuatnya di rumah. Tapi sebagai pengenalan kepada masjid dan institusinya, berkenalan dengan kawan baru, berjemaah dan sebagainya, seterusnya menanam semangat cintakan masjid di hati anak2.
Menggalakkan Anak-anak Membuat Kebaikan
Tunjukkan mereka tentang perbuatan2 baik, jauhi mengumpat, banyakkan sedekah, mengaji Quran, menghadiri majlis ilmu, bersilaturrahim dan sebagainya.
Memberi Hadiah Sempena Ramadhan
Bukan saja upah puasa, tapi hadiah apabila tibanya bulan Ramadhan, agar mereka berasa seronok dengan kedatangan bulan ini, dan kaitkan hadiah dari kita dengan hadiah dari Allah yang mengiringi bulan ini. “Kalau suka hadiah dari Mommy, hadiah dari Allah laaagi best tau”. Hadiah tak perlu benda2 yang unik, cukuplah sepasang baju raya yang pasti membuat mereka gembira.
Bercerita Tentang Hikmah dan Peristiwa Penting
Mungkin anak2 tertanya2 kenapa istimewa sangat bulan ini. Ceritakan kepada mereka tentang turunnya al-Quran, lailatul qadar, Perang Badar dan sebagainya. Jadikan cerita2 kita menarik dan bermotivasi untuk mereka terus meraikan Ramadhan, sekaligus memotivasikan kita untuk mengisi Ramadhan dengan sepenuhnya.
Bersama Menggali Ilmu Untuk Menghentikan Amalan-Amalan Baik Tapi ‘Serong’ di Bulan Ramadhan
Mungkin kita tak sedar, dan mungkin kita rasa kita dah buat yang terbaik tapi sebenarnya kita masih kurang betul, mungkin sebab kurang ilmu. Antara perkara yang selalu orang pandang remeh ialah:-
• Tidak menerangkan tentang uzur syarie kepada anak2. Ada yang malas nak terangkan kenapa orang perempuan tidak puasa.
• Memandang remeh tentang rukhsah puasa dan menganggap mereka yang mengambil rukhsah sebagai ‘malas’ dan tak kuat iman. Kita harus berlapang dada dalam hal ni kerana rukhsah juga amalan Rasulullah SAW.
• Tidak suka pada majlis ilmu antara rakaat2 terawikh kerana mengganggu kelancaran jemaah yang nak solat 21 rakaat. Ingatlah solat terawih itu sunat, tapi metuntut ilmu wajib. Yang wajib itu lebih utama.
Jadi, untuk menghentikan kekeliruan ini, bersama2lah kita dengan anak2 menggali dan menghadam ilmu2 tentang agama kita sendiri, supaya kekeliruan kita terhenti setakat ini dan anak2 kita mendapat pemahaman yang lebih jelas tentang Islam. Ilmu ni boleh didapati melalui pembacaan, menghadiri majlis2 ilmu dan bertanya pada yang pakar.
Maka apabila tibanya Aidilfitri, tidaklah ia menjadi sambutan ‘adat’ semata2 sebaliknya benar2 perayaan dan ‘upah’ setelah melaui Ramadhan yang penuh dengan dugaan, kesabaran dan sebagainya. Berikan semangat ‘berbaloi sambut raya bila amalan berganda2 di bulan Ramadhan’ kepada anak2 kita, daripada menunggu2 bila nak raya walhal puasa cuma sekadar lapar dan dahaga saja.
Kemudian, ajari mereka tentang perkara2 sunat tentang perayaan yang disyariatkan ni.
1. Mandi sunat Aidilfitri – bukan sekadar mandi tapi berniat mandi sunat Aidilfitri dan mendapat pahala dengannya.
2. Memakai baju yang cantik dan bau-bauan – Rasulullah memakai jubah tercantik semasa pegi solat Aidilfitri. Baju cantik tak semestinya baju baru. Bila menganggap beraya semua kena baru, jadilah bagi golongan kurang kemampuan terasa ‘tak dapat beraya sebab tak ada pakaian baru’. Salah tu, Aidilfitri adalah perayaan besar yang disyariatkan pada kita dan merayakannya bukan kena ada baju baru.
3. Makan sedikit sebelum keluar solat HariRaya – Rasulullah menjamah sedikit kurma sebelum keluar bersolat.
4. Beramai-ramai ke masjid – Pada zaman Rasulullah SAW, walaupun wanita haid dan budak2 kecil, digalakkan ke masjid untuk beramai2 meraikan Aidilfitri. Walaupun tak boleh solat tapi bersama2 dengan orang lain untuk menyaksikan perayaan agung ni.
5. Pergi dan pulang ke masjid menggunakan jalan berbeza – Supaya kita boleh menziarahi sanak saudara dan jiran tetangga dalam perjalanan balik. Kalau lalui jalan sama pun, ‘beza’nya ialah masa pergi ktia terus ke masjid, bila balik ktia singgah menyinggah untuk beraya.
6. Saling mengucapkan selamat hari raya – Amalan pada zaman Rasulullah ialah saling mengucapkan “Semoga Allah menerima amalan Ramadan kamu”.
7. Bertakbir raya – Rasulullah SAW bertakbir raya semasa keluar dari rumah hinggalah sampai ke masjid tempat solat raya.
Bagi ibubapa dan orang yang mampu, pemberian duit raya kepada kanak2 adalah digalakkan dan tidak dianggap membazir, kerana dengan pemberian tu kanak2 berasa gembira. Besar pahalanya bila kita gembirakan dan muliakan kanak2, kerana Rasulullah juga muliakan kanak2. Untuk anak2 kita ni, patutlah dipupuk dalam diri mereka perasaan bersyukur bila dapat banyak duit raya dan berlapang dada bila tak dapat, dan tidak membanding2kan “orang ni bagi banyak”, “orang tu bagi sikit” atau “aku dapat banyak, “Dia dapat sikit”.
• Latih mereka agar jangan membazir. Baju raya biarlah yang boleh dipakai lain kali pula, bukan hari raya saja. Tahun depan dah tak muat kan.
• Didik mereka agar tidak terlalu gembira dengan keberadaan mereka dan mengejek orang lain yang tiada, cthnya tak ada baju baru.
• Galakkan semangat setiakawan dan kejiranan bila sama2 keluar beraya.
• Tunjukkan tauladan pada mereka bahawa pergi beraya bukan nak kutip duit raya tapi nak berukhwah dan bermaaf-maafan.
• Beritahu mereka agar berpada2 dan berhati2 bila keluar beraya. Kunjungi rumah2 yang dikenali, bersama2 kawan2 yang dikenali sahaja.
• Bawa mereka menziarahi pusara dan membaca Yaasin serta ingatkan mereka tentang kematian.
• Ceritakan tentang hikmah 1 Syawal yang bukanlah semata2 untuk beraya sakan dan balas dendam lepas puasa sebulan.
• Asuh mereka agar terus memuliakan Ramadhan dan meraikan Syawal.
Semoga raya kita benar2 satu tanda kemenangan ke atas hawa nafsu, jangan pula kita dan anak2 kalah pada hawa nafsu dek kerana ghairah beraya
**Jika anda ada tips dan pengalaman menarik sempena Ramadhan dan Syawal, sertailah gievaway ni