Khamis, Mei 24, 2012

SEKITAR HADIS BULAN REJAB ANTARA SAHIH ATAU DHAIF ATAU MAUDHU'

HADIS-HADIS DHAIF YANG MENYENTUH TENTANG KELEBIHAN BULAN RAJAB


1. "Di dalam Syurga terdapat sungai yang dinamakan Rajab, airnya lebih putih daripada susu, lebih manis daripada madu, barangsiapa yang berpuasa pada bulan Rajab, Alah akan mengizinkan dia minum daripada sungai ini". (Hadis Batil. Al-Dhaifah oleh Sheikh Al-albani : hadis 1898)


2. "Ya Allah berkatilah kami pada bulan Rajab dan Sha'ban dan panjangkanlah umur kami ke bulan Ramadan". (Hadis Munkar.)


3. "Rasulullah tidak berpuasa sesudah bulan Ramadhan melainkan bulan Rajab Sya'ban". (Hadis Munkar.)



HADIS-HADIS MAWDO' (PALSU) YANG MENYENTUH TENTANG BULAN RAJAB


1. "Rajab adalah bulan Allah, Sya'ban adalah bulanku, Ramadhan adalah bulan umatku". Hadis Dhaif. (Al-Dhaifah oleh Sheikh Al-albani : hadis 4400)


2. "Barangsiapa yang berpuasa tiga hari pada bulan Rajab, Allah akan memberikan dia pahala puasa satu bulan dan barangsiapa yang berpuasa sebanyak tujuh hari akan ditutup buatnya tujuh pintu neraka…" Hadis Mawdoo. (Ibnu Al-jauzi Almawdo'at, 2/206)


3. "Barangsiapa yang solat Maghrib pada malam pertama bulan Rajab lalu solat dua puluh raka'at, dibaca pada setiap raka'at surah Al-fatihah dan surah (Al-ikhlas)… nescaya Allah akan memeliharanya, keluarganya, hartanya dan anak-anaknya, dipelihara daripada api neraka dan dia akan melalui titian sirat seperti kilat tanpa hisab atau azab". Hadis Mawdoo. (Ibnu Al-jauzi, Almawdo'at, 2/123)


4. "Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Rajab dan solat padanya empat raka'at…. Dia tidak akan mati melainkan setelah melihat tempatnya di dalam syurga". Hadis Mawdoo. (Ibnu Al-jauzi, Almawdo'at, 2/124)


5. "Janganlah kamu lalai akan hari Jumaat yang pertama pada bulan Rajab kerana malamnya dinamakan Raghaib oleh para malaikat…." Hadis Mawdoo. (Ibnu Al-jauzi, Almawdo'at, 2/124-126)


6. "Barangsiapa yang solat malam pertengahan bulan Rajab sebanyak empat belas raka'at…" Hadis Mawdoo. (Ibnu Al-jauzi, Almawdo'at, 2/126)


7. "Bulan Rajab adalah bulan yang istimewa, barangsiapa yang berpuasa sehari padanya seoalah-olah telah berpuasa selama seribu bulan…" Hadis Mawdoo. (Ibnu Al-jauzi, (Almawdo'at, 2/206-207)


***Begitulah sebahagian daripada hadis-hadis dhaif dan mawdoo yang menyentuh tentang kelebihan bulan Rajab Rujukan: Buku Al-bida'ah Al-hawliah (Bida'ah-Bida'ah sepanjang tahun) oleh Abdullah Al-Tuwaijiri

Tiada ulasan: