Isnin, Julai 30, 2012

HUKUM JIMAK ISTERI DI BULAN RAMADAN

Dari Abu Hurairah, Beliau berkata : Tatkala kami duduk disisi Nabi tiba-tiba datang kepadanya seorang laki-laki, dan dia berkata “Wahai Rasulullah binasa aku”, maka Beliau bertanya “kenapa engkau ?”, orang itu menjawab “Aku telah menyetubuhi istriku, padahal aku berpuasa”, dalam sebuah riwayah “Aku menyetubuhi keluargaku di bulan Ramadhan”, maka Rasulullah bersabda “Apakah engkau mendapatkan seeorang budak yang engkau bisa membebaskannya ?”, maka orang ini menjawab “Tidak ada”, Rasulullah bersabda “Apakah engkau mampu berpuasa dua bulan secara berturut-turut?”, maka orang ini menjawab “Tidak”, Rasulullan bersabda “Apakah engkau mendapatkan pemberian makan kepada 60 orang miskin ?”, maka orang ini menjawab “Tidak”. Berkata Abu Hurairah “maka Nabi terdiam”, maka tatkala kami dalam keadaan yang demikian itu tiba-tiba didatangkan kepada Nabi dengan sebuah kantong (kantong yang terbuat dari pelepah kurma seukuran masuk didalamnya 15 sha’ dari sesuatu) yang padanya terdapat kurma. Kemudia Nabi bertanya “Mana orang yang bertanya tadi ?”, maka orang ini menjawab “Aku”, maka Nabi berkata “Ambillah ini lalu bersedekahlah dengannya”, orang ini berkata “Apakah atas orang yang lebih faqir daripadaku wahai Rasulullah ?, maka demi Allah tidak ada diantara dua kampungnya sebuah keluarga yang lebih faqir daripada keluargaku”, maka Nabi tertawa sampai terlihat gigi saingnya, kemudian Beliau bersabda “Berikanlah dia kepada keluargamu”

- Hukum seorang yang bersetubuh dengan sengaja disiang hari bulan Ramadhan. Pendapat yang kuat adalah bahwa puasanya batal dan wajib membayar kaffarah dan tidak ada qadha’ padanya.

- Kaffarah orang yang bersetubuh dengan sengaja di siang bulan Ramadhan adalah seperti yang terdapat didalam hadits, yaitu : yang pertama dia membebaskan budak, atau yang kedua berpuasa berturut-turut yang tidak terputus, atau yang ketiga memberi makan 60 orang miskin. Pendapat tentang apakah kaffarah tersebut bisa dipilih atau harus melalui urutannya (maksudnya, harus mulai dengan jenis kaffarah pertama, jika tidak mampu maka jenis kaffarh yang kedua, jika tetap tidak mampu maka jenis kaffarah yang ketiga) maka pendapat yang kuat adalah dia harus melalui urutannya, misalnya jika dia mampu membebaskan budak maka tidak sah kaffarahnya jika dia berpuasa dua bulan berturut-turut, begitu juga jika hanya mampu dengan puasa dua bulan berturut maka tidak sah kaffarahnya jika dia membayar kaffarah dengan memberi makan 60 orang miskin.

- Hukum bagi wanita yang disetubuhi, apakah baginya kaffarah. Pendapat yang kuat adalah tidak wajib membayar kaffarah


Seks Yang Diperselisihkan Sama Ada Dikenakan Kafarat Atau Tidak.

Para ilmuan dari keempat-empat mazhab: al-Syafi’e, Maliki, Hanafi dan Hanbali memiliki perbincangan yang meluas berkenaan hukuman kafarat bagi aktiviti seks selain A-1. Sebelum menyenaraikan aktiviti seks yang dimaksudkan, ingin saya gariskan bahawa sebahagian daripada aktiviti seks tersebut ada yang haram hukumnya. Hanya dalam risalah ini, saya tidak membincang halal atau haram aktiviti tersebut, sebaliknya memberi tumpuan kepada wajib atau tidak hukuman kafarat bagi sesiapa yang melakukannya. Hukum halal atau haram boleh dirujuk kepada sumber-sumber yang membicara Fiqh al-Mubasyarah secara khusus.

Aktiviti seks selain A-1 yang dimaksudkan adalah:

1) Seks antara lelaki dan wanita tanpa memasukkan zakar ke dalam faraj. Seks antara jantina yang sama, iaitu lelaki dengan lelaki (gay) atau perempuan dengan perempuan (lesbian). Tidak dibezakan sama ada jenis kemaluan adalah semula jadi atau melalui pembedahan.

2) Seks bersendirian seperti onani (masturbation), menonton tayangan lucah, membaca majalah lucah atau menggunakan alat-alat mainan tertentu.

3) Seks dengan selain manusia, seperti seks dengan mayat (manusia yang telah meninggal dunia), jin, haiwan dan makhluk asing.


Bagi aktiviti-aktiviti seks di atas, para ilmuan bersepakat bahawa ia membatalkan puasa. Akan tetapi mereka terbahagi kepada dua pendapat berkenaan hukuman kafarat:

Pendapat Pertama menyatakan hukuman kafarat tidak dikenakan kerana aktiviti-aktiviti seks di atas tidak melibatkan zakar yang dimasukkan ke dalam faraj wanita.

Pendapat Kedua menyatakan hukuman kafarat wajib dikenakan kerana sekali pun aktiviti-aktiviti di atas tidak melibatkan zakar yang dimasukkan ke dalam faraj, ia tetap merupakan suatu aktiviti seks yang memberikan kepuasan seksual kepada pelakunya.

Di antara dua pendapat di atas, yang rajih (kuat) ialah pendapat kedua. Ini kerana aktiviti seks wujud dalam pelbagai bentuk dan cara, dimana kesemuanya memberi kepuasan seksual kepada pelakunya. Padahal ibadah puasa ialah menahan diri dari makan, minum dan seks dari waktu fajar sehingga maghrib. Ia bukan makanan dan minuman tertentu sahaja tetapi meliputi semua jenis makanan dan minuman. Demikian juga bagi seks, ia bukan aktiviti seks yang melibatkan zakar yang dimasukkan ke dalam faraj sahaja, tetapi melibatkan apa jua aktiviti yang masuk dalam kategori “seksâ€.


Cara melaksanakan hukuman kafarat adalah seperti berikut:

1. Membebaskan hamba. Pada masa kini tidak ada hamba yang wujud, maka ia tidak lagi dilaksanakan. Pembantu rumah warga Indonesia bukanlah hamba, maka membebaskan mereka dari kontrak kerja tidak termasuk dalam kategori ini.

2. Berpuasa dua bulan berturut-turut. Iaitu berpuasa secara berturutan selama dua bulan mengikut kalendar Islam (hitungan berdasarkan peredaran anak bulan). Jika seseorang itu memutuskan perturutan ini dengan sengaja, maka dia wajib mengulangi kesemua dua bulan tersebut dari awal.

Jika seseorang itu memutuskan perurutan ini dengan alasan yang syar‘i, seperti musafir, sakit, kerja keras yang tidak dijangkakan (kereta rosak di kawasan pendalaman), haid, hamil, menyusu dan bertembung dengan hari yang dilarang berpuasa, maka terdapat dua pandangan di kalangan para ilmuan:

a) Dia wajib mengulangi kesemua dua bulan tersebut dari awal.

b) Dia menyambung jumlah hari yang berbaki setelah alasan syar‘i tersebut hilang.


Pandangan yang rajih (kuat) ialah dia hanya menyambung jumlah hari yang berbaki. Pandangan yang pertama mustahil dilaksanakan oleh sesiapa jua dan ia menyelisihi ciri-ciri istimewa syari‘at Islam yang sentiasa memahami cabaran-cabaran yang dihadapi oleh manusia sebelum menggariskan sesuatu hukuman.

3. Memberi makan enam puluh orang miskin. Iaitu memberi makanan yang mengenyangkan kepada enam puluh orang miskin. Setakat ini saya tidak menemui hadis sahih yang menerangkan jenis makanan mahu pun kadarnya. Tidak juga ditemui ukuran bagaimana menentukan seseorang itu miskin atau tidak. Maka jenis, kadar dan ukuran ini dirujuk kepada kebiasaan (al-‘Urf) masyarakat. Di bandar-bandar besar, makanan yang mengenyangkan lazimnya bernilai RM5.00, terdiri dari nasi, satu lauk dan satu sayur. Jika di pekan-pekan kecil, makanan yang sama mungkin bernilai RM3.00.

Ada pun ukuran orang miskin, maka ia adalah berdasarkan penilaian orang yang dikenakan hukuman kafarat. Memadai penilaian secara zahir, tidak perlu meminta penyata gaji atau melakukan temuduga kepada orang miskin yang bakal diberikan makanan.


Adakah Kafarat Dikenakan Atas Suami Sahaja Atau Suami Dan Isteri?

Terhadap pasangan suami isteri yang melakukan aktiviti seks di siang Ramadhan, adakah hukuman Kafarat dikenakan di atas suami sahaja atau suami dan isteri? Persoalan ini berpaksi kepada hadis Abu Hurairah radhiallahu 'anh yang dikemukakan di awal risalah ini, dimana Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mendiamkan isteri lelaki yang datang berjumpa baginda. Sikap diam baginda menimbulkan dua pandangan di kalangan para ahli ilmu:

Isteri terkecuali kerana sikap diam baginda menunjukkan isteri tidak dikenakan hukuman kafarat. Seandainya isteri dikenakan hukuman juga, nescaya baginda akan menyebutnya kerana tidak boleh mendiamkan perkara yang memiliki hukuman ke atasnya.

Isteri termasuk sama dikenakan hukuman kafarat. Ini kerana semua hukam Islam adalah sama antara lelaki dan wanita, suami dan isteri. Tidak ada pengecualian kepada salah seorang dari mereka melainkan dengan dalil. Apabila Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mendiamkan isteri lelaki yang bertanya, ia adalah kerana isteri tersebut memang berada dibawah hukuman kafarat yang sama dengan suaminya. Seandainya isteri dikecualikan, nescaya baginda akan menyebut pengecualian tersebut.


Di antara dua pandangan di atas, saya memilih yang di pertengahan. Lelaki dikenakan hukuman kafarat bagai aktiviti seks yang dilakukan bersama isterinya. Ada pun isteri, maka dia tertakluk kepada tiga keadaan:


Isteri turut rela, sama ada sebelum, semasa atau sesudah melakukan aktiviti seks dengan suaminya. Maka isteri dikenakan hukuman kafarat.

Isteri tidak rela melakukan aktiviti seks dengan suaminya, dari permulaan hinggalah akhir. Maksudnya, isteri dipaksa melakukan aktiviti seks padahal dia tidak menghendakinya kerana waktu pada ketika itu ialah di siang Ramadhan. Maka isteri tidak dikenakan hukuman kafarat dan puasanya juga tidak batal.

Isteri tidak rela melakukan aktiviti seks, tetapi terpaksa merelakan diri demi menjaga kemaslahatan suami. Dibimbangi jika nafsu seks suami tidak dilayan dengan baik, suami akan beralih mencari aktiviti seks yang lain, yang haram hukumnya dan besar kemudaratannya. Maka isteri tidak dikenakan hukuman kafarat tetapi puasanya batal. kredit to hafiz firdaus..

sekian



HUKUM BATAL PUASA (DENGAN MAKAN ATAU MINUM) DULU SEBELUM JIMAK

Pertama, perlu dingatkan bahawa sengaja berbuka puasa di bulan Ramadhan adalah dosa besar sama ada berbuka dengan makan, minum atau bersetubuh (jimak). Sabda Nabi s.a.w. (bermaksud); ““Sesiapa berbuka puasa sehari di bulan Ramadhan tanpa ada rukhsah (kelonggaran) yang diizinkan Allah untuknya, puasa sepanjang masa sekalipun tidak akan berupaya membayarnya sekalipun ia melakukannya” (Riwayat Imam Abu Daud, at-Tirmizi dan Ibnu Majah).

Orang yang melakukan perbuatan di atas ia telah melakukan dua dosa; pertama, dosa berbuka puasa dengan sengaja di bulan Ramadhan dan kedua, dosa melakukan helah (tipu daya) untuk menghalalkan larangan Allah di bulan Ramadhan. Berbalik kepada soalan; adakah tetap diwajib kaffarah ke atasnya?, para ulamak berbeza pandangan;

1. Jumhur ulamak (merangkumi Imam Abu Hanifah, Imam Malik , Imam Ahmad dan sebagainya) berpendapat; ia tetap dikenakan kaffarah kerana ia melakukan persetubuhan ketika kewajipan puasa Ramadhan masih terbelenggu atas dirinya. Orang yang berbuka puasa di bulan Ramadhan –tanpa sebarang keuzuran- walaupun puasanya batal, namun kewajipan puasa tetap tidak gugur darinya. Jadi, apabila ia bersetubuh, persetubuhan itu berlaku ketika kewajipan puasa atas dirinya masih berjalan dan kerana itu tetap dikenakan kaffarah ke atasnya mengikut pandangan teramai para ulamak.

2. Mazhab Syafi’ie; menurut mazhab Syafi’ie; tidak dikenakan kaffarah ke atasnya kerana persetubuhan itu berlaku ketika ia tidak lagi berpuasa. Jadi, mazhab Syafi’ie tidak melihat kepada kewajipan puasa, akan tetapi melihat kepada wujud puasa atau tidak ketika persetubuhan itu berlaku. Jadi, menurut mazhab Syafi’ie; persetubuhan yang mewajibkan kaffarah ialah persetubuhan yang berlaku ketika masih berpuasa (yakni puasa masih ada dan kemudian dibatalkan dengan persetubuhan). Adapun persetubuhan yang berlaku setelah puasa batal, maka tidak wajib kaffarah.

Pandangan yang rajih bagi masalah ini ialah pandangan jumhur ulamak kerana ia menutup pintu helah kepada orang-orang yang ingin melanggar hukum Syariat. Jika tidak dikenakan kaffarah, nescaya semua orang yang ingin bersetubuh di siang hari di bulan Ramadhan akan melakukan sedemikian; mereka akan makan terlebih dahulu, kemudian melakukan persetubuhan . Maka tidak ada makna Syariat mewajibkan kaffarah jika sedikit helah sahaja sudah dapat menidakkannya. Kerana itu para ulamak hari ini menegaskan; pandangan yang rajih ialah pandangan jumhur tadi.

Wallahu a’lam.

Rujukan;

1. Fatwa Syeikh Muhammad Soleh al-Munajjid (http://islamqa.com/ar/ref/38287/صوم).

Read more: http://jomss.blogspot.com/2011/08/hukum-sengaja-membatalkan-puasa-kerana.html#ixzz224waXFDg

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

adakah kafarah akan berganda dari tahun ke tahun, sekiranya tidak dibuat segera?

hudamadani berkata...

Kaffarah tidak berganda... sekira tertangguh ke tahun berikutnya.. menurut pendapat yang masyhur...

sekian...

Tanpa Nama berkata...

Jika kita melakukan hbgn slps bersahur hgga berlarutn waktu imsak dan sblm azan subuh itu di kira mcmn